Wednesday, March 6, 2013

Pertandingan Badan Cantik ke-2, 2013



Pertandingan Badan Cantik ke-2, Kelab Gim Rakyat Bukit Kiara 2013 sekembali tahun ini...dengan nafas baru.

Hadiah wang tunai akan disediakan untuk pemenang tempat pertama sehingga ke-3 beserta sijil penyertaan serta hadiah tambahan.

Dua (2) kategori akan dipertandingkan, iaitu:

  1. Berat badan bawah 70kg; dan
  2. Berat badan 70kg ke atas.
Syarat-syarat Penyertaan:
  1. Dibuka kepada semua lelaki warganegara Malaysia.
  2. Tiada had umur.
  3. Boleh memakai seluar jeans, seluar 2/3 panjang ataupun bermuda.
  4. Pewarna badan tidak diperlukan / tidak wajib.
  5. Jika boleh, tutup aurat (pusat ke bawah).
Pendaftaran pada pukul 11 pagi.

Pertandingan akan bermula jam 2 petang.

Yuran Penyertaan: RM20.00 seorang.

Belia yang Sihat...Negara yang Sihat.

Saturday, February 9, 2013

Penstrukturan semula organisasi kelab

Assalamualaikum w.b.t.,

Masa dah setiba untuk penstrukturan organisasi kelab...dalam beberapa peringkat.

Apa yang keruh akan dibuang ...dan yang jernih akan diambil.

Kesilapan lepas akan diambil sebagai iktibar membaiki diri dan pedoman mengorak langkah ke depan dengan lebih maju lagi...

insyaAllah...aamiin