Friday, December 16, 2011

Masa Operasi Gim yang Baru

Sejak bulan Oktober 2011...

Isnin sehingga Jumaat

5.30 petang - 9.00 malam


Thursday, September 22, 2011

Anugerah Sukan untuk Semua (ASUS)

Pada 19 September yang lepas, En. Vincent Ho telah memenangi Kategori Pemimpin Lelaki, Anugerah Sukan Untuk Semua 2011 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Perkarangan X-Games, Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang disampaikan oleh Y Brs. Tuan Borhan Dolah, Ketua Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bersama dengan Dr. Mohd Ghani Bin Mohd Yusof, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sebagai pemenang, beliau menerima Sijil Penganugerahan, Trofi serta Cek pemenang.

sesi temubual bersama UiTM dengan semua pemenang kategori ASUS 2011

bersama naib pemenang kategori Persatuan

Beliau telah dicalonkan oleh pihak Kelab Gim Rakyat Bukit Kiara dimana beliau berkhidmat sebagai Pengerusi kelab tersebut sejak tahun 2010.

Tahniah kepada En. Vincent Ho dan Terima kasih kepada JBSWPKL.

Wednesday, September 14, 2011

Selamat Hari Malaysia ke48

dari pihak Pengurusan Kelab Gim Rakyat Bukit Kiara, Kuala Lumpur

Wednesday, September 7, 2011

Jenis Keahlian Kelab...

Terdapat 3 jenis pendaftaran keahlian Kelab iaitu:

  1. Ahli Biasa - Individu yang berumur lapan belas (18) tahun ke atas dan telah diterima keahliannya oleh Jawatankuasa Induk Kelab dan boleh mengundi serta diundi.
  2. Ahli Kehormat - Individu  yang pernah berjasa kepada Kelab atau individu yang boleh memberi sumbangan kepada Kelab yang dilantik oleh Jawatankuasa Induk Kelab.
  3. Ahli Remaja - Individu yang berumur lapan belas (18) tahun kebawah dan mesti mendapat kebenaran ibu / bapa / penjaga serta diluluskan oleh Jawatankuasa Induk Kelab. Tidak boleh mengundi atau diundikan.

Ahli Biasa
Yuran Pendaftaran (YP): RM10.00
Yuran Tahunan (YT): RM12.00

Ahli Kehormat
YP: RM100.00
YT: RM50.00

Ahli Remaja
YP: RM5.00
YT: RM12.00

Jawatankuasa Induk Kelab bagi Penggal Tahun 2011 - 2012


Penasihat
Saudara Mohd. Isa bin Mohd. Nor, PJK

Pengerusi
Saudara Vincent Ho Swee Peng, PPW, SKKPN, PPPM (Pengakap)

Setiausaha
Saudara Manimaran a/l V. Munisamy, SBSt.J, PPB

Bendahari
Saudara R. Murugan a/l Renganathan

Ahli Jawatankuasa
Saudari Lee Foong Ching
Saudara Mohd. Taufik Bin Towil
Saudara Subramaniam a/l Ganapathy
Saudara Muthukumaran a/l Chandrakasan