Adalah dibawah naungan Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JBSWPKL) dan telah didaftarkan dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) pada 11hb Mac 2009. No. Pendaftaran: 3057/2009.
Ia diwujudkan untuk menggalak serta membangunkan Sukan Gim Rakyat di peringkat Kelab.
Kelab ini berurusan dari Jabatan Belia & Sukan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Bukit Kiara 1, 60000 Kuala Lumpur.
Pengendalian serta pengurusan Kelab ini adalah berasingan dari Gim Rakyat Bukit Kiara JBSWP. Ini adalah memandangkan Gim Rakyat adalah dibawah pengurusan dan kawalan Unit Sukan & Kecergasan, Jabatan Belia & Sukan WPKL Bukit Kiara tersendiri.
Terdapat 3 jenis pendaftaran keahlian Kelab ini, iaitu:
- Ahli Biasa - Individu yang berumur lapan belas (18) tahun ke atas dan telah diterima keahliannya oleh Jawatankuasa Induk Kelab dan boleh mengundi serta diundi.
- Ahli Kehormat - Individu yang pernah berjasa kepada Kelab atau individu yang boleh memberi sumbangan kepada Kelab yang dilantik oleh Jawatankuasa Induk Kelab.
- Ahli Remaja - Individu yang berumur lapan belas (18) tahun kebawah dan mesti mendapat kebenaran ibu / bapa / penjaga serta diluluskan oleh Jawatankuasa Induk Kelab. Tidak boleh mengundi atau diundikan.
Ahli Biasa
Yuran Pendaftaran (YP): RM10.00
Yuran Tahunan (YT): RM12.00
Ahli Kehormat
YP: RM100.00
YT: RM50.00
Ahli Remaja
YP: RM5.00
YT: RM12.00